Venue: Jalan lama Gombak - Bentong - Genting Sempah - Genting Highlands
Sunday, 31 July 2011
Sunday, 24 July 2011
PCC Specialized Presidential Ride 2001
Date: 24 Jul 2011
Time: 07:45a.m
Venue: Nottingham University campus, Semenyih
Distance: 65km
Registration Fees: RM35
Time: 07:45a.m
Venue: Nottingham University campus, Semenyih
Distance: 65km
Registration Fees: RM35
Sunday, 10 July 2011
Sunday, 3 July 2011
Kayuhan 1Malaysia Terbuka Jalan Kebun...Race @ Treasure Hunt?
Hampa...kecewa...itu apa yang dapat aku luahkan tentang program Kayuhan 1Malaysia Jalan Kebun. Program ini adalah anjuran Komuniti 1Malaysia dan JKKKP Jalan Kebun bertempat di padang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 30. Dengan yuran penyertaan RM50....kami mendapat goodies bag yang mana di dalamnya terdapat no. peserta, t-shirt round neck, pen (itu pun Digi sponsor), roti gardenia 2 keping, air berperisa tongkat ali & air mineral. (anda rasa berbaloi tak dengan yuran penyertaan RM50?).
Lebih kurang 30 peserta tersesat ketika menyertai pertandingan ini termasuk aku (sebenarnya boleh dikatakan semua peserta tersesat jalan termasuk pemenang no. 1). Inilah yang dimaksudkan hampa & kecewa, baru pertama kali menyertai pertandingan seperti ini, sudah terkena....dengan petunjuk jalan yang tidak berapa jelas dan juga keadaan marshall bertugas yang tidak tahu arah jalan untuk kayuhan ke check point seterusnya, menyebabkan peserta menjadi panas (hangat!!!) dan mengambil keputusan untuk berpatah balik. Mereka sepakat untuk menuntut kembali yuran penyertaan sebanyak RM50 (sampai sekarang masih tidak dapat duit tersebut).
Sebenarnya peserta-peserta kayuhan bukannya mengharapkan kemenangan hadiah utama, mahupun tempat ke-2 @ tempat ke-3...rata-rata peserta kayuhan ini adalah untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Illahi disamping menambah kenalan 'kaki basikal'...tetapi ramai yang kecewa dengan anjuran program ini dengan sikap penganjur yang tidak membuat persiapan dengan lengkap dan sambil lewa....semoga di lain hari penganjur lebih berhati-hati dalam menganjurkan program sebegini.....
![]() |
Aril S.O.T tengah berbicang strategi dengan rakan-rakannya sebelum perlumbaan bermula |
![]() |
sebelum sampai CP1 sudah tersesat...semua muka panik...hehehe |
![]() |
geng u-turn(sesat...kembali ke pangkal jalan) |
![]() |
rantai beskal Aril S.O.T...putus....(kena pakai rantai motor agaknya...hehehe) |
Subscribe to:
Posts (Atom)