Saturday, 25 June 2011

Kayuhan Sarapan

Jam menunjukkan waktu 6.40 a.m, tiba-tiba kedengaran guruh di langit...alamak...nak hujan ker...nampak gayanya kayuhan ke Shah Alam bersama Aril S.O.T. terpaksalah dibatalkan...apa lagi...sambung la tdo balik...hehehe...
Lebih kurang pukul 8.00 a.m hujan mulai berhenti...sempat lagi kalau nak kayuh ni, sms kat Aril...Aril reply sms "jom kayuh dekat-dekat jer"...
Kayuhan bermula di rumah Aril di Kg. Bukit Kapar menuju ke Kg. Budiman dengan melalui jalan off road ladang kelapa sawit seterusnya melalui roller coaster Bukit Cerakah dan menuju ke Bukit Ramlee...kayuhan sarapan kami berakhir pada jam 11.30 a.m...




Asrama pelajar UiTM Puncak Alam dapat dilihat semasa dalam perjalanan ke puncak Bukit Ramlee

kayuh jangan tak kayuh...berat mata memandang, berat lagi kaki yang mengayuh...





pokok nenas di kiri dan kanan jalan menuju ke puncak Bukit Ramlee


air buah nenas terbaik dari ladang


 


puncak Bukit Ramlee

air nenas + karipap + french toast...terbaik!!!
Aril S.O.T bersama tuan tanah Wak Ramlee

Aril berposing dengan jersi baru Speed Ontell Cycling Team (S.O.T.)

Saturday, 18 June 2011

Kayuhan Bukit Altantuya

Kayuhan pagi ini ke Bukit Altantuya yang tidak dirancang dengan Man MyIPO dari Puncak Perdana bersama basikal barunya Cannondale F5. Lebih kurang 7:30 pagi aku bermula kayuhan dari umah mentua di Jalan Sebaya. Aku dan Man berjumpa di tempat yang dijanjikan iaitu Jalan Bukit Cerakah (Roller Coaster). Sesampainya di tempat yang dijanjikan, Man sudah terbaring...agaknya lama sangat menunggu aku...hehehe...
penat menunggu...
kayuhan diteruskan seperti yang dirancang iaitu ke Bukit Altantuya. Kami sebenarnya tidak berapa pasti keadaan jalan yang akan dilalui nanti, namun dengan berbekalkan semangat Man bersama jentera kayuhan barunya, kami terus berkayuh...kayuhan ke Bukit Altantuya bermula dengan pendakian jalan tar yang agak curam dan seterusnya dihidangkan dengan jalan off road tanah merah dan single trail...kayuhan kami hari ini diakhiri dengan acara wajib iaitu "mengeteh" ataupun "medang" di Kg. Budiman...

man baring sambil menikmati keindahan alam
semak samun
akhirnya jumpa jalan untuk keluar ke jalan raya
lontong Kg. Budiman...terbaik!!!...

Sunday, 12 June 2011

Putrajaya Challenge Park (PCP)

Hari ini kayuhan di  Putrajaya Challenge Park bersama Azril Speed Ontell, Faizal dan Sham MyIPO serta Ahmad Rizal jiran kepada Faizal. PCP terletak di Jalan P5, Presint 5, Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA. Antara kemudahan yang disediakan di PCP adalah Mountain Bike Trails, Skateboard Park, Rock Climbing  & Gym.

Putrajaya, Malaysia
P.C.P
Layan...
Amoi bersama-sama basikalnya
Permulaan untuk Mountain Bike Trail
Downhill
Trail MTB
Sham MyIPO bersama GIANT ANTHEM X4 barunya
Aril Speed Ontell
Bersedia untuk balik...

Sunday, 5 June 2011

Lagi Kayuhan ke Bukit Ramlee

Pagi ni sepatutnya kayuhan ke Pantai Remis tetapi memandangkan cuaca macam nak ujan, aku dan Aril S.O.T (Speed Ontell Cycling Team) mengubah fikiran dan berkayuh ke Bukit Ramlee. Kayuhan bermula dari Sekolah Rendah Bukit Kapar dengan melalui Jalan Sebaya dan melalui off road ke Felda Bukit Cerakah dan seterusnya  Roller Coaster Bukit Cerakah ke Bukit Ramlee melalui ladang ternakan kambing.

Suasana pagi di Bukit Ramlee
Kayuhan sarapan, nasi lemak telur goyang + air special Bukit Ramlee (nenas cincau ais)...terbaik!!!
Aril S.O.T (Speed Ontell Cycling Team)
Kereta yang telah dimodifikasi untuk mengangkut basikal dari bawah ke atas setelah layan downhill
Basikal Aril S.O.T