Kayuhan pagi ini ke Bukit Altantuya yang tidak dirancang dengan Man MyIPO dari Puncak Perdana bersama basikal barunya Cannondale F5. Lebih kurang 7:30 pagi aku bermula kayuhan dari umah mentua di Jalan Sebaya. Aku dan Man berjumpa di tempat yang dijanjikan iaitu Jalan Bukit Cerakah (Roller Coaster). Sesampainya di tempat yang dijanjikan, Man sudah terbaring...agaknya lama sangat menunggu aku...hehehe...
 |
penat menunggu... |
kayuhan diteruskan seperti yang dirancang iaitu ke Bukit Altantuya. Kami sebenarnya tidak berapa pasti keadaan jalan yang akan dilalui nanti, namun dengan berbekalkan semangat Man bersama jentera kayuhan barunya, kami terus berkayuh...kayuhan ke Bukit Altantuya bermula dengan pendakian jalan tar yang agak curam dan seterusnya dihidangkan dengan jalan off road tanah merah dan single trail...kayuhan kami hari ini diakhiri dengan acara wajib iaitu "mengeteh" ataupun "medang" di Kg. Budiman...
 |
man baring sambil menikmati keindahan alam |
 |
semak samun |
 |
akhirnya jumpa jalan untuk keluar ke jalan raya |
 |
lontong Kg. Budiman...terbaik!!!... |
tak ajakk :p
ReplyDeletehahaha....jom2...beli beskal dulu...
ReplyDelete